Jangan Di Ucap Selamat Tinggal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

ni hadiah buat mak dan ayah saya :'(

Daisypath Graduation tickers

Saturday, 5 November 2011

i keep motivated my self

sekarang memang sakit.. tapi tak selamanya sakit... kn? Baru2 ni saya nampak mak saya berdoa... hati mana tak luluh... dah 9 tahun saya menahan kesedihan, sebab saya sedih saya hilang diri saya yang asal. saya mencari sesuatu tapi tiap kali sesat dan bermula pada tempat yang salah. tiap kali terjumpa dan bertemu pada yang salah. sekarang pencarian itu dah tak de. dulu saya masih mencari-cari tapi sekarang saya rase macam saya di tengah2 jalan . nak berjalan tapi saya tak tahu mana nak mulakan langkah.. jadi saya mula fikirkan untuk mencari ruang dalam diri saya. bermula dengan rumah sendiri... sekurang2 nya saya ada ruang untuk bersendirian. Saya sangat suka bersendirian sebab saya dapat rasakan yang saya gembira. gembira saya dapat buat apa yang saya suka.

Sekarang saya sudah punyai ruang bersendiri. saya ada tempat untuk berlindung dan saya sangat bersyukur Allah s.w.t berikan nikmat ini. supaya saya tidak akan lupa pada insan lain sekiranya mereka kesusahan. saya ingin balik kepada diri saya yang asal. saya tidak mahu sombong pada orang lain kerana itu bukan sikap saya.
Baru- baru ni bila saya mula mengambil lesen memandu saya dapat rasakan ada perubahan dalam diri saya iaitu saya mula senyum pada orang lain dan menegur mereka sebelum mereka menegur saya.. saya rasa gembira sbb orang yg saya tegur memberi respon yang baik pada saya. dan ketika itu saya merasa kan ini lah diri asal saya sebenarnya.. dah berapa lama saya hilang diri itu.. mugkin disebabkan kekecewaan dalam hidup saya saya bukannya menhukum orang lain tapi sebenarnya saya telah menghukum diri saya.

Bila saya mula membaca Al- Quran hati saya tenang. ketenangan ini tiada tolak bandingnya.. dah berapa lama sejak saya sesat mencari cari apa yg saya cari sebelum ini. saya lupa pada apa yg ditinggalkan oleh Rasullullah s.a.w pada keturunannya.. AL-QURAN dan sunnah. Dah tiada siapa yang dapat tolong sembuhkan luka di hati saya kecuali DIA... Allah s.w.t ... dah tiada siapa kecuali DIA. saya balik semula pada asal saya. Kun Faya kun... maka apa yang dikehendakiNya.. maka ia akan tetap terjadi.. saya berpegang n faham tentang ayat dari surah Yassin ini... sebenarnya Allah s.w.t dah merancang yang terbaik untuk aku tapi sebenarnya aku masih tidak mengerti... tapi adalah benar sebenarnya DIA..Tuhan pencipta adalah pemilik akan segalanya... aku redha dan menerima takdir dalam hidup ku... seharusnya aku bersyukur kerana ade yg masih sayangkan aku.. DIA... Allah s.w.t menyayangi aku dan DIA menyedarkan aku sebelom aku terlewat. Terima kasih Ya Allah :'( CINTA? dah tiada dalam kamus hidup CINTA pada manusia kecuali sayang. CINTA itu pada ILLAHI ..kerana dia yang menghadirkan sebuah perasaan dan dia mengambil kembali perasaan itu.. seharusnya itu yang aku patut terapkan dalam hati aku...

Kini saya sangat bersyukur kerana masih diberi peluang kembali pada yang asal. semoga saya takkan lupa pada DIA... kesedihan yang menimpa diri saya sekarang mmg memberi berjuta makna buat diri saya. Disebalik kesakitan dan air mata ini saya temui yang DIA masih menyayangi diri saya. seharusnya saya bersyukur.... semoga ALLAH s.w.t sentiasa menemani saya dan melindungi diri saya selamanya.. :)

No comments:

Post a Comment

0 juta komen